Tahun 2024 dijangka sukar
Iklan
Kebanyakan negara perlu melaksanakan dasar-dasar ekonomi yang jitu dan mampan agar KDNK kembali mengalami peningkatan pertumbuhan khususnya Malaysia. (Gambar kecil: Mohd Faisol)
SHAH ALAM - Situasi ekonomi dunia susulan laporan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) 2023 memberi gambaran bahawa tahun 2024 merupakan tempoh yang sangat sukar dan mencabar bagi semua negara termasuk Malaysia.
Pensyarah Perbankan dan Kewangan Islam, Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Mohd Faisol Ibrahim berkata, ramalan itu dilihat berdasarkan kepada trend ekonomi global, di mana banyak kemungkinan baharu akan berlaku yang boleh menggugat pertumbuhan negara.