Gadis terkejut abang ipar beri SMS lucah

Iklan
Suffian Sulaiman

KUALA TERENGGANU- Seorang gadis tidak menyangka abang iparnya sanggup menganggu hidupnya dengan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur lucah dan mengaibkan.

Kejadian menimpa mangsa berusia 27 tahun itu berlaku sejak 3 November tahun lalu lagi, bagaimanapun mangsa yang bekerja sebagai kerani hanya membuat laporan polis pada 4 Januari lalu.

Iklan
Iklan

Menurut sumber, kejadian berlaku ketika mangsa berada di tempat kerjanya di Kampung Bukit Tumbuh, Kuala Nerus.

"Mangsa menerima SMS daripada nombor tidak dikenalinya, kira-kira jam 1 tengah hari, pada 3 November lalu yang mengajaknya melakukan hubungan seks.

Iklan

"Mangsa sekali lagi menerima SMS pada jam 1.46 petang yang mana suspek mengakui tidak dapat menahan keinginan seks bersamanya," katanya ketika dihubungi hari ini.

Tidak terhenti di situ, sumber berkata, mangsa sekali lagi menerima SMS memintanya datang ke rumah suspek dengan alasan 'sini line clear', namun tidak diendahkan mangsa.

Iklan

"Namun, tidak lama kemudian mangsa menerima panggilan daripada nombor sama yang memintanya datang ke sebuah klinik di Flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Padang Hiliran, di sini.

"Bagaimanapun, mangsa terkejut apabila menyedari suara pemanggil itu adalah abang iparnya sendiri," katanya.

Dengan niat mahu membongkar identiti suspek, mangsa kemudian pergi ke rumah abang iparnya di flat berkenaan, bagaimanapun mendapati kediaman itu berkunci dari dalam.

Sementara itu Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Suffian Sulaiman ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Jelasnya, kes kini disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana perkataan atau isyarat yang mengaibkan kehormatan wanita.