Buang amalan yang buruk
Iklan
Angpau merupakan sampul merah yang dimasukkan duit, diberikan ibu bapa kepada anak-anak yang masih kecil untuk berkat. Gambar hiasan 123RF.
PERAYAAN Tahun Baharu Cina disambut dengan amalan-amalan berbeza antara kawasan. Misalnya, makanan utama bagi kaum Han di sebelah utara Tanah Besar China ialah dumpling, sementara di sebelah selatan adalah masakan dengan nama membawa maksud bertuah.
Amalan baharu juga kerap 'dicipta' seperti yee sang yang berasal dari Malaysia dan tidak diamalkan di China, Hong Kong atau Taiwan.