BATC 2024: Tze Yong tarik diri, Zii Jia tidak sihat

Iklan
Tze Yong terpaksa menarik diri daripada pusingan pertama Terbuka Malaysia sementara Zii Jia terpaksa direhatkan susulan tidak berada dalam keadaan sihat. - Gambar Bernama

KEM badminton negara dilanda khabar sedih apabila dua pemain perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia dan Ng Tze Yong disahkan mengalami kecederaan pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 pada Jumaat.

Tze Yong yang diturunkan pada perlawanan pertama suku akhir menentang lawan dari Singapura Jason Teh, hanya bertahan kira-kira tiga minit sebelum terpaksa menarik diri dipercayai mengalami kecederaan belakang sekali lagi seperti dilaluinya ketika Terbuka Malaysia bulan lepas.

Iklan
Iklan



Sementara itu, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menerusi hantaran di Instagram rasmi persatuan memaklumkan Tze Yong dibawa menjalani pemeriksaan imbasan pengimejan resonans magnetik (MRI) selepas membantu Malaysia menewaskan Brunei 5-0 pada Selasa lepas (13 Feb) belum mencapai tahap kecergasan 100 peratus.

"Selepas perlawanan menentang Brunei, Tze Yong menjalani MRI yang mengesahkan bahawa beliau tidak 100 peratus cergas. Oleh itu, dia direhatkan ketika menentang Kazakhstan dan Taiwan.

Iklan

"Tze Yong menjalani rawatan di hospital semalam untuk mempersiapkannya bagi menghadapi perlawanan menentang Singapura dan memastikan beliau berada dalam keadaan terbaik," menurut kenyataan itu.

Tze Yong terpaksa menarik diri daripada pusingan pertama Terbuka Malaysia ketika ketinggalan 8-12 dalam set pertama menentang Koki Watanabe dari Jepun pada Januari.

Iklan

Dalam kenyataan sama, BAM memaklumkan Zii Jia juga terpaksa direhatkan hari ini susulan tidak berada dalam keadaan sihat selepas perlawanan menentang Taiwan, semalam.

"Memandangkan Zii Jia juga tidak sihat selepas perlawanan menentang Taiwan semalam, dan dinasihatkan pakar untuk berehat kerana masalah resdung, jurulatih memutuskan untuk menurunkan Tze Yong sebagai perseorangan utama dan mengekalkan Leong Jun Hao dan Eogene Ewe sebagai perseorangan kedua dan ketiga," katanya. - Bernama