Firma audit tutup jika audit dikecualikan?
Iklan
Malaysia antara negara di dunia yang masih mengekalkan audit kepada syarikat-syarikat kecil. Foto 123RF
SURUHANJAYA Syarikat Malaysia (SSM) baru sahaja menerbitkan dokumen konsultasi awam berkenaan cadangan untuk mengecualikan syarikat-syarikat kecil daripada diaudit secara mandatori.
Mengikut amalan sekarang, hanya syarikat yang mempunyai perolehan kurang daripada RM100,000 setahun tidak perlu diaudit secara wajib. Mereka boleh memilih untuk melantik juruaudit jika mahu.