Kepala air pembunuh senyap
Iklan
Insiden kepala air besar yang meragut banyak nyawa berlaku lebih 12 kali dalam tempoh empat tahun sejak 2019.
TELAH banyak diperkatakan tentang malapetaka kepala air dan lonjakan air (water surge) di negara ini.
Agak mengejutkan dalam tempoh dua minggu terakhir ini berlaku dua malapetaka kepala air di Sungai Yong, Bukit Goram, Kapit, Sarawak dan Sungai Kenjur, Kampung Poh, Bidor, Perak.