Muda Kelantan gesa Dd Chronicle disiasat

Iklan
Laporan Sinar Harian

KOTA BHARU - Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) Kelantan menggesa pihak berkuasa menyiasat pempengaruh media sosial, Dd Chronicle berkaitan video parodi yang didakwa mempersendakan keputusan Mahkamah Persekutuan berkaitan isu enakmen syariah Kelantan.

Ketua Penerangannya, Abdul Rahman Khairuddin berkata, parti itu juga kecewa dengan tindakan pempengaruh berkenaan yang sepatutnya menggunakan populariti ke arah lebih positif.

Iklan
Iklan

Beliau juga berpendapat tindakan Dd Chronicle boleh 'tergelincir' ke dalam bidang kuasa Peguam Negara untuk memulakan tindakan mahkamah bagi penguatkuasaan kesalahan 'menghina mahkamah', selaras perkara 126 Perlembagaan Persekutuan.

"Kami berharap semua pihak memahami kepentingan menghormati keluhuran Perlembagaan dan kuasa mahkamah serta tidak mempermainkan keputusannya," katanya.

Iklan
Iklan