PUTRAJAYA - Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan terus berusaha memperkukuh dasar serta program pendidikan tahfiz dalam negara seperti dititahkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Menterinya, Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata, ini adalah termasuk penekanan kepada penguasaan mata pelajaran bahasa Arab dalam kalangan pelajar tahfiz agar fasih dan berkemahiran untuk mentafsirkan ayat-ayat suci al-Quran secara tepat.