SPRM tahan jurutera minta rasuah RM13,000
Iklan
GEORGE TOWN - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan seorang jurutera kerana disyaki meminta dan menerima suapan berjumlah kira-kira RM13,000 daripada kontraktor yang menjalankan kerja-kerja kontrak dengan sebuah jabatan di negeri ini.
Sumber berkata, suspek lelaki berusia dalam lingkungan 30-an dipercayai ditahan jam 5 petang pada Rabu ketika diminta hadir ke pejabat SPRM Pulau Pinang.