Polis Indonesia izinkan pihak tidak puas hati hasil Pemilu 2024 turun ke jalanan

Iklan
Listyo Sigit Prabowo berkata, keizinan itu bagaimanapun perlu dilakukan mengikut kesesuaian dan tidak melibatkan huru-hara, seperti kekasaran, merosak harta benda awam atau aksi ganas. - Wikipedia

JAKARTA - Polis Republik Indonesia tidak melarang mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan hasil Pemilihan Umum (Pemilu) 2024 untuk berdemonstrasi di jalanan.

Ketua Polis Indonesia, Jeneral Listyo Sigit Prabowo berkata, keizinan itu bagaimanapun perlu dilakukan mengikut kesesuaian dan tidak melibatkan huru-hara, seperti kekasaran, merosak harta benda awam atau aksi ganas.

Iklan
Iklan

"Turun ke jalan boleh, namun tentunya dilakukan secara terukur tidak anarkis (menimbulkan kekacauan) dan membahayakan masyarakat dan orang lain," ujar Sigit yang dipetik dari laporan Kompas.com.

Beliau ditemui media ketika meninjau persiapan pasukan keselamatan Pemilu di Monas, Jakarta Pusat, pada Rabu.

Iklan

Sigit juga berharap, masyarakat yang tidak berpuas hati dengan hasil Pemilu menggunakan saluran rasmi iaitu melalui Komisi Pemilihan Umum (KPU), badan Pengawas Pemilu (Bawaslu), dan Mahkamah Konstitusi (MK) untuk mengajukan sebarang pertikaian dan permasalahan.

Tambahnya, jika terdapat pihak yang tetap mahu melakukan protes di jalanan, pasukan polis akan dikerah untuk menjaga keamanan. Pada masa yang sama, mereka yang me;langgar peraturan akan diambil tindakan.

Iklan

"Kita menjangkakan kemungkinan berlaku sesuatu yang tidak sesuai dengan peraturan. TNI-Polri akan mengamankan masyarakat sehingga hal-hal yang pernah terjadi seperti tahun 2019 dapat diminimumkan pada tahun 2024 ini," jelas Sigit dalam laporan itu.

Hari ini, kira-kira 200 juta rakyat Indonesia mengikuti proses pemungutan suara pemilihan presiden, calon anggota Dewan Perwakilan Rakyat, Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD) dan Dewan Perwakilan Daerah (DPD). - Awani