Tindakan Nik Elin cabar Enakmen Jenayah Syariah diragui

Iklan
Aireroshairi. Laporan Sinar Harian.

KUANTAN - Tindakan peguam, Nik Elin Nik Abdul Rashid mencabar Enakmen Jenayah Syariah (I) Kelantan di Mahkamah Persekutuan Jumaat lalu telah diragui sejak mula lagi.

Ketua Penerangan Pas Pahang, Aireroshairi Roslan berkata, walaupun peguam itu mendakwa tindakannya bukan menentang syiar Islam, tetapi hanya isu teknikal, namun melihat kepada penampilannya, jelas menunjukkan sebaliknya.

Iklan
Iklan

"Tindakan mencabar enakmen jenayah syariah telah diragui sejak mula lagi oleh majoriti muslim.

"Kebejatan sebahagian muslim yang lebih mengagungkan bahasa Inggeris, suit dan tali leher Barat sedangkan dalam masa yang sama mempunyai prejudis terhadap ulama telah menyumbang kepada keraguan hari ini," kata pada Rabu.

Iklan

Beliau turut menyifatkan kes Nik Elin sebenarnya memberi kesan sesuatu berita yang diterima kepada masyarakat sangat besar dan berpanjangan.

Jelasnya, kesan baik atau buruk kepada masyarakat tetap berlaku apabila sesuatu berita itu dianggap benar.

Iklan

Aireroshairi menambah, lebih penting daripada berita adalah keabsahannya sangat bergantung kepada penyampai berita tersebut.

"Allah telah menyatakan dengan jelas hubungan antara berita, penyampainya dan apa tindakan kita dengan firmannya dalam surah Al-Ḥujurāt ayat enam," ujarnya.

Sehubungan itu, beliau yakin peguam muslim sedang meneliti perkara ini.

"Semakin hari semakin banyak fakta yang menyokong apa yang saya utarakan. Semakin hari, semakin jelas juga niat yang tersembunyi daripada tindakannya," katanya.

Sebelum ini, Mahkamah Persekutuan dalam keputusan majoriti 8-1 hari ini memutuskan bahawa 16 peruntukan kesalahan di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 adalah batal dan tidak sah.

Keputusan bersejarah itu disampaikan Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mengetuai panel sembilan anggota selepas membenarkan permohonan Nik Elin dan anaknya Tengku Yasmin Nastasha Abdul Rahman bagi mencabar isu perlembagaan untuk membatalkan 18 peruntukan kesalahan di bawah enakmen tersebut.