Malaysia 'langgar habis' UAE di BATC 2024

Iklan
Jin Wei meraih mata pertama buat skuad wanita negara setelah menewaskan Nurani Ratu Azzahra dalam aksi Kumpulan Y BATC 2024 di Setia Alam pada Rabu. Foto Sinar Harian - MOHD HALIM ABDUL WAHID

PASUKAN wanita negara melaungkan amaran awal apabila menyingkap kempen Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC), Shah Alam dengan noktah kemenangan bergaya 5-0 ke atas Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Rabu.

Dalam aksi Kumpulan Y itu, pemain perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei menghadirkan mata pertama negara selepas menewaskan Nurani Ratu Azzahra, straight set 21-13, 21-9 dalam masa 29 minit.

Iklan
Iklan

Rentak kemenangan itu kemudiannya diteruskan K Letshanaa yang tampil sebagai pemain kedua negara apabila menjinakkan Madhumita Sundarapandian juga straight set 21-11, 21-14.

Pearly-Thinaah melebarkan kedudukan negara apabila menewaskan Nayonika Rajesh-Madhumitha Sundarapandian. Foto Sinar Harian - MOHD HALIM ABDUL WAHID

Wong Ling Ching yang tampil dengan status pemain ketiga negara juga tidak berdepan masalah menewaskan Sreeyukhta Parol 21-4, 21-12.

Iklan

Beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M Thinaah melebarkan kedudukan kepada 4-0 apabila mudah menewaskan Nayonika Rajesh-Madhumitha Sundarapandian, 21-4, 21-5.

Beregu wanita yang turun sebagai pemain kelima, Tan Zhing Yi-Teoh Mei Xing melengkapkan kemenangan bergaya negara apabila menewaskan Zainaba Reem Siraj-Sreeyuktha Sreejith Parol, 21-4, 21-14.

Iklan

Malaysia akan berdepan Thailand dalam aksi terakhir kumpulan pada Khamis.