Madinah Ramadan Kelantan semarak Cinta Palestin
Iklan
Kerajaan Kelantan memilih tema Cinta Palestin sempena program Madinah Ramadan yang diadakan di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu tahun ini.
KOTA BHARU - Sempena Ramadan kali ini, Kerajaan Kelantan memilih Cinta Palestin sebagai tema program Madinah Ramadan yang diadakan di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV di sini.
Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Hilmi Abdullah berkata, pemilihan tema itu bertujuan menyemarakkan lagi semangat dan roh cintakan Gaza dan Palestin dalam kalangan umat Islam di Kelantan.
Iklan
Iklan
"Setiap tahun penganjuran Madinah Ramadan akan menonjolkan konsep berbeza seperti kehijauan, padang pasir dan Masjid Nabawi, namun tahun ini kita pilih konsep Palestin," katanya semasa sidang akhbar pada Selasa.
Sebelum itu beliau mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Madinah Ramadan Tahun 2024 di ibu pejabat Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI), di sini.
Hilmi (tengah) mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Madinah Ramadan Tahun 2024 di ibu pejabat Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI), di Kota Bharu.
Iklan
Menurut beliau, pada masa sama hiasan dalaman khemah yang akan menonjolkan Masjid Al-Aqsa termasuk binaan kubah Al-Aqsa akan dilakukan untuk membangkitkan suasana.
Tambah beliau, empat warna bendera negara berkenaan akan turut mewarnai Madinah Ramadan.
Iklan
Hilmi memberitahu, kerajaan negeri turut membawa imam jemputan berasal dari Palestin yang sedang mengikuti pengajian peringkat doktor falsafah (PhD) di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang akan digandingkan bersama imam utama, Syeikh Hisyam Abdul Bari.
"Kita turut membawa masuk program Quran Hour Peringkat Negeri Kelantan anjuran Rumah Ngaji sebagai salah satu aktiviti di Madinah Ramadan.
"Kita cuba tambah baik program-program dianjurkan termasuk memperbaharui namanya demi menambah 'wow factor'," ujar beliau.
Menurut Hilmi, hampir 30 program dirangka sepanjang sebulan Ramadan termasuk tahsin 30 juzuk al-Quran yang dibuka secara maya untuk disertai umat Islam di seluruh dunia bersama kupasan ayat dalam dwibahasa iaitu bahasa Melayu dan Inggeris.
"Bagi kanak-kanak disediakan program Bunga-Bunga Syurga dan Himpunan Anak Muda bermula 24 sehingga 29 Ramadan.
"Turut dicadangkan penampilan selebriti terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor atau Neelofa untuk program bersama kaum wanita," katanya.
Kemunculan seekor ibu harimau belang bersama anaknya di beberapa kampung di Kuala Krai bukan sahaja mencetuskan kebimbangan penduduk, malah menjejaskan sumber pendapatan lebih 100 penoreh getah yang terpaksa menghentikan rutin harian mereka sejak hampir dua minggu lalu.
Lebih membimbangkan, haiwan pemangsa itu dipercayai berkeliaran di kebun getah dan semakin menghampiri kawasan penempatan penduduk sehingga menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan penduduk serta haiwan ternakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801601/edisi/kelantan/lebih-100-penoreh-getah-di-kuala-krai-gantung-pisau-gara-gara-pak-belang
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.