UMNO perlu bertegas dalam Kerajaan Perpaduan
Iklan
Hubungan UMNO-DAP kini ibarat retak menanti belah dan mampu menggugat kestabilan Kerajaan Perpaduan jika krisis antara mereka tidak diselesaikan Anwar. Gambar kecil: Anis Anwar dan Hasan
MAJORITI akar umbi UMNO kini berpandangan sudah tiba masanya untuk pucuk kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional (BN) lebih bertegas dalam mendepani tindak-tanduk DAP meskipun kedua-dua parti itu sudah menjadi rakan kongsi dalam Kerajaan Perpaduan.
Menelusuri hubungan UMNO-DAP bersama Pakatan Harapan (PH) sejak setahun lalu, umum mengetahui kedua-dua parti itu masih sukar menyesuaikan diri antara satu sama lain walaupun pelbagai inisiatif diusahakan untuk merapatkan hubungan dua hala.