Ringgit ditutup hampir tidak berubah berbanding dolar AS

Iklan
Ringgit berada pada 4.7600/7665 berbanding dolar AS daripada 4.7595/7705 pada Jumaat lepas. - Gambar hiasan

RINGGIT ditutup hampir tidak berubah berbanding dolar AS pada Selasa dalam persekitaran permintaan yang rendah kerana Indeks Dolar AS (DXY) mengekalkan paras tingginya, kata seorang ahli ekonomi.

Pada jam 6 petang, unit tempatan berada pada 4.7600/7665 berbanding dolar AS daripada 4.7595/7705 pada Jumaat lepas.

Iklan
Iklan

Pasaran ditutup semalam (12 Februari) bersempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, mata wang serantau juga diniagakan bercampur-campur berbanding dolar AS kerana tumpuan pelabur tertumpu pada data indeks harga pengguna (IHP) Amerika Syarikat malam ini dengan jangkaan aliran berterusan ke arah inflasi yang lebih rendah.

Iklan

"Jangkaan adalah untuk keseluruhan ada teras IHP masing-masing menurun kepada 2.9 peratus dan 3.7 peratus pada Januari daripada 3.4 peratus dan 3.9 peratus.

"Pasaran juga nampaknya mengambil kira kemungkinan Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) tidak akan mengurangkan kadar faedah tidak lama lagi, menyokong dolar AS yang kukuh,” katanya.

Iklan

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Unit tempatan turun pound Britain kepada 6.0243/0325 daripada 6.0017/0156 ketika ditutup pada Jumaat dan merosot kepada 5.1256/1326 daripada 5.1241/1359, bagaimanapun meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.1827/1872 daripada 3.1849/1925 sebelumnya.

Dalam pada itu, ringgit diniagakan rendah berbanding mata wang ASEAN lain.

Ringgit berkurangan berbanding baht Thailand kepada 13.3240/3478 daripada 13.2540/2902 minggu lepas dan menguncup berbanding rupiah Indonesia kepada 305.0/305.6 daripada 304.3/305.2 sebelumnya.

Unit tempatan merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.5377/5428 daripada 3.5342/5429 ketika ditutup pada Jumaat bagaimanapun melonjak berbanding peso Filipina kepada 8.50/8.52 daripada 8.51/8.55 sebelumnya. - Bernama