Kemuncak pertindihan dua mahkamah
Iklan
Nik Elin Zurina (kiri) bersama anaknya, Tengku Yasmin Nastasha Tengku Abdul Rahman sebelum ini memfailkan petisyen mencabar 18 Enakmen Kanun Jenayah (1) Kelantan 2019.
PUNCA utama adalah sistem mahkamah itu sendiri. Di Malaysia kita ada dua sistem mahkamah yang tidak seimbang.
Satu sistem mahkamah arus perdana di bawah kerajaan Persekutuan yang disebut juga sebagai mahkamah sivil, dan kedua ialah sistem mahkamah syariah di bawah bidang kuasa negeri yang memiliki kuasa terhad.