Perbandingan hukuman Enakmen Kelantan dan Persekutuan
Iklan
Mahkamah Persekutuan pada Jumaat mengisytiharkan bahawa penggunaan deposisi (keterangan bersumpah melalui afidavit) oleh individu yang diseludup boleh diterima sebagai bukti dalam kes pemerdagangan orang.
MUKADIMAH - Pada 25 Mei 2022, peguam asal Kelantan, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan anaknya, Tengku Yasmin Nastasha Tengku Abdul Rahman memfailkan petisyen bagi mencabar keperlembagaan dan kesahihan 18 peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 serta mendakwa Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan tiada kuasa untuk menggubal undang-undang terbabit kerana terdapat undang-undang Persekutuan yang meliputi kesalahan sama.
Rentetan petisyen tersebut, pada 9 Februari 2024, Mahkamah Persekutuan menerusi keputusan 8-1 memutuskan 16 daripada 18 peruntukan yang menjadi pertikaian dalam enakmen tersebut adalah tidak sah dan terbatal.