Pinjaman skala besar punca ramai peniaga terjerat hutang
Iklan
Membuat pinjaman dalam skala besar tanpa perancangan teliti adalah antara faktor utama yang menyebabkan kebanyakan peniaga di negara ini terjerat dengan hutang. Gambar hiasan 123rf. (Gambar kecil: Shamsuddin dan Rohani)
SHAH ALAM - Membuat pinjaman dalam skala besar tanpa perancangan teliti adalah antara faktor utama yang menyebabkan kebanyakan peniaga di negara ini terjerat dengan hutang hingga mencecah jutaan ringgit.
Perunding Kewangan, Shamsuddin Kadir berkata, ini kerana sebahagian besar daripada wang yang dipinjam itu digunakan bagi tujuan pengiklanan dan pemasaran produk.