GAZA - Berpuluh-puluh lagi rakyat Palestin dilaporkan terbunuh atau cedera, termasuk kanak-kanak dan wanita dalam tempoh beberapa jam lalu, akibat serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza yang kini masuk hari ke-128.
Pihak berkuasa kesihatan di Gaza melaporkan bahawa sekurang-kurangnya 25 orang awam terbunuh, dan puluhan lagi cedera selepas serangan Israel menyasarkan tempat penduduk yang hilang tempat tinggal berlindung di timur Rafah iaitu kawasan yang ditetapkan sebagai 'zon selamat', lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).