Rumah teres musnah dalam kebakaran

Iklan
Sebuah rumah musnah dalam kejadian kebakaran di Taman Desiran Malawati di sini malam tadi.

KUALA SELANGOR - Sebuah rumah teres musnah dalam kejadian kebakaran di Taman Desiran Malawati di sini malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Selangor, Mohd Faisal Jumari berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8 malam.

Iklan
Iklan

Menurutnya, seramai 13 pegawai dan anggota bomba serta jentera dikerah ke lokasi kejadian.

Mohd Faisal berkata, anggota bomba berjaya mengawal sepenuhnya kebakaran itu selama tiga minit dan api padam sepenuhnya pada jam 9. 25 malam.

Iklan
Iklan

"Tiada mangsa dilaporkan cedera dan punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya.