Netizen ternganga video perkenalkan Nooa Laine
Iklan
[DIKEMAS KINI] SELANGOR yang sudah sah menandatangani pemain tengah Finland-Malaysia Nooa Laine dengan perjanjian pinjaman selama semusim untuk musim baharu Liga-M tampil menjadi perhatin di laman sosial X, @Copa90 apabila video yang telah dimuat naik oleh mereka dari Facebook Selangor FC mendapat jumlah tontonan sebanyak 307,000 jumlah tontonan dan mengundang pelbagai reaksi.
Untuk makluman, pemain berusia 22 tahun itu, juga merupakan ahli pasukan Bawah 23 tahun negara, telah merekod 64 penampilan dan menjaringkan empat gol dalam tempoh tiga musim untuk SJK Seinajoki, kelab Divisyen Satu di Finland.