Kenaikan SST beri kesan domino
Iklan
Menaikkan SST kepada lapan peratus dijangka mewujudkan kesan domino terhadap rantaian bekalan domestik meskipun kerajaan memberi pengecualian kenaikan terhadap sebilangan sektor kritikal.Gambar hiasan (Gambar kecil: Mohd Faisol, Mohd Afzanizam)
PADA permulaan tahun 2024, orang ramai dikejutkan dengan pengumuman kenaikan purata tarif air domestik sebanyak 22 sen bagi setiap meter padu bermula 1 Februari lalu.
Tidak sekadar itu, tarif elektrik turut meningkat antara 4.2 hingga enam peratus daripada jumlah bil iaitu antara RM12 hingga RM32 sebulan mulai 1 Januari hingga 30 Jun 2024 bagi isi rumah yang menggunakan 601 hingga 1,500 kilowatt sejam dengan bil elektrik RM220 sebulan.