Kelincahan Al-Taamari harapan Jordan

Iklan
Al-Taamari (kanan) melakukan percubaan ke gawang Korea Selatan ketika aksi separuh akhir. Foto AFP

TIDAK ramai yang memilih pemain Jordan, Musa Al-Taamari untuk menjadi salah seorang pemain yang menyerlah di Piala Asia, Qatar tetapi penyerang itu telah membantu pasukannya ke final pertama mereka dalam kejohanan itu.

Jordan layak ke peringkat kalah mati dalam kelompok empat pasukan terbaik tempat ketiga, tetapi sejak memasuki pusingan 16 terakhir, mereka telah mencatatkan peningkatan yang menakjubkan dengan pemain sayap Montpellier, Al-Taamari membuktikan kualiti yang dimilikinya itu.

Iklan
Iklan

Dalam kejohanan yang diketuai oleh bintang Liga Perdana Inggeris (EPL) seperti Son Heung-min dari Korea Selatan dan rakan sepasukan kebangsaannya Lee Kang-in dari Paris St Germain, Al-Taamari yang berusia 26 tahun telah mencuri tumpuan.

Al-Taamari yang sentiasa bekerja keras adalah kunci kepada rentak Jordan, mengganggu pemain pertahanan dengan kepantasan dan kebolehannya membaca corak hantaran menyebabkan lawan melakukan kesilapan.

Iklan

Dia tampil dengan persembahan cemerlang ketika mencipta gol pertama ke atas Korea Selatan manakala larian solonya meledak gol dalam kemenangan 2-0 untuk memastikan pertemuan dengan Qatar di pentas final.

"Jurulatih menanamkan disiplin taktikal dalam diri kami. Dia memberi kami keyakinan, kami memberi penghormatan kepada Korea Selatan tetapi kami menekan mereka dari detik pertama. Semangat dan kesabaran adalah perkara paling penting," kata Al-Taamari.

Iklan

"Tetapi ini bukan usaha individu, ini adalah usaha berkumpulan. Saya tidak boleh memberikan persembahan ini jika barisan belakang dan bahagian tengah tidak memberikan saya bola.

"Apabila peluang ini muncul, saya suka berlari ke arah gawang tanpa rasa takut dan bersyukur dapat menjaringkan gol yang cantik," katanya.

Sikap tidak gentar itulah yang telah membawa Jordan, yang menduduki tempat ke-87 dunia, ke ambang kejayaan.

Majoriti skuad Jordan bermain di Timur Tengah manakala Al-Taamari adalah satu-satunya pemain yang berpangkalan di Eropah dan dia berharap untuk melihat lebih ramai rakan sepasukan mengikut jejak langkahnya.

"Pemain Jordan layak bermain di Eropah... Ia bagus untuk berada di final kerana semua orang bercakap tentang negara saya di Perancis, ini penting bagi saya dan saya harap kami boleh bermain dengan baik di final,” ujarnya.