Ganjar-Mahfud masih ada peluang
Iklan
Biarpun kini berada dalam kelompok teratas, Mahfud masih mengamalkan pendekatan hidup yang sederhana dan berintegriti. Foto FB MAHFUD
JAKARTA - Calon Presiden (Capres) Nombor Siri Tiga, Ganjar Pranowo dan pasangannya Calon Naib Presiden (Cawapres), Mahfud MD ketika ini dilihat terus ketinggalan menerusi survei dalam talian mahupun di lapangan yang dijalankan oleh beberapa badan penyelidikan.
Terbaharu, dapatan survei yang dijalankan oleh Public Opinion & Policy Research (Populi Center) menunjukkan 52.5 peratus responden terus memilih gandingan Capres Nombor Siri Dua, Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka.