UMNO dan DAP: Teman tidur janggal
Iklan
60 tahun menjunjung doktrin perjuangan hak orang Melayu, UMNO kini tidur seranjang bersama DAP, musuh tradisi yang percaya dengan penubuhan negara demokratik-sosialis Malaysian Malaysia.
PRESIDEN UMNO ketiga, Tun Abdul Razak pernah berpesan, sekiranya apa-apa terjadi kepada parti itu, orang Melayu akan memberi sokongan kepada Pas.
Kemudian pada 30 Jun 1973 di Hilton Kuala Lumpur, beliau berkata:"Memang benar parti kita sekarang masih kuat, tetapi kalau kita tidak menjaga dan mengawalnya, ia akan lemah.