Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$114.8 bilion pada 31 Januari

Iklan
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$114.8 bilion pada 31 Januari 2024.

RIZAB antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$114.8 bilion pada 31 Januari 2024.

Rizab antarabangsa berjumlah AS$115.1 bilion (AS$1=RM4.71) pada 15 Januari 2024.

Iklan
Iklan

Bank pusat berkata, paras rizab itu memadai untuk membiayai 5.4 bulan import barangan dan perkhidmatan dan satu kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

"Paras rizab ini telah mengambil kira perubahan suku tahunan bagi penilaian semula pertukaran asing,” kata BNM dalam satu kenyataan pada Khamis.

Iklan

Komponen utama rizab antarabangsa meliputi rizab mata wang asing berjumlah AS$102.2 bilion, diikuti paras rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.4 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (AS$5.8 bilion), emas (AS$2.6 bilion) dan aset rizab lain (AS$2.8 bilion).

Jumlah aset berjumlah RM632.12 bilion, terdiri daripada emas dan pertukaran asing dan rizab lain, termasuk SDR (RM527.17 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM13.01 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM1.23 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM24.41 bilion), tanah dan bangunan (RM4.13 bilion) dan aset-aset lain (RM62.18 bilion).

Iklan

BNM berkata, modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM187.03 bilion), mata wang dalam edaran (RM166.71 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM169.29 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM5.08 bilion), deposit lain (RM38.99 bilion), kertas Bank Negara (RM31.68 bilion), peruntukan SDR (RM29.74 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM3.52 bilion). Bernama