Warga emas maut dilanggar MPV

Iklan
Seorang lelaki warga emas maut selepas dilanggarkan sebuah MPV di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam, Kluang pada malam Rabu.

KLUANG - Seorang lelaki warga emas maut selepas dilanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di kilometer 63, Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam dekat sini pada malam Rabu.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kejadian pada jam 9.13 malam itu melibatkan mangsa, Son Ah Kow, 70, yang berjalan kaki dengan sebuah MPV Toyota Estima dipandu Chia Chee Kiong, 46.

Iklan
Iklan

"Mangsa dikatakan berjalan kaki di tengah-tengah jalan sebelum dilanggar oleh MPV berkenaan kerana keadaan jalan gelap akibat tiada lampu jalan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, akibat perlanggaran itu mangsa dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan.

Iklan

Bahrin berkata, pemandu MPV tidak mengalami sebarang kecederaan manakala kenderaan dipandunya hanya rosak di bahagian cermin hadapan sebelah kanan.

Ujarnya, mayat mangsa kemudiannya dirujuk ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) di sini untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Iklan