Alternatif atasi masalah 'buta' al-Quran
Iklan
Kaedah pembelajaran dalam talian menerusi aplikasi memudahkan umat Islam terutama generasi muda untuk mempelajari dan memahami al-Quran.
KUANTAN - Pembelajaran al-Quran melalui aplikasi dalam talian antara alternatif bagi mengatasi masalah 'buta' al-Quran dalam kalangan umat Islam terutama generasi muda hari ini.
Mudir Maahad Tahfiz Al Istiqamah, Mohd Zarimi Abu Zih berkata, kaedah pembelajaran al-Quran juga perlu seiring dengan perkembangan teknologi bagi memudahkan dan menarik minat golongan muda mendekati dan mempelajarinya.