Mydin terima pengiktirafan, edar 100,000 origami kraf naga
Iklan
RANGKAIAN pemborong dan peruncit halal, Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) berjaya memecah rekod ‘The Most"Dragon" Paper Crafts Distributed in a Day’ yang diiktiraf oleh Malaysia Book of Records.
Mydin dalam satu kenyataan memaklumkan, penyerahan sijil tersebut disampaikan oleh wakil Malaysia Book of Records, Edwin Yeoh Tiong Chin kepada Pengarah Eksekutif Mydin, Ahimmat Mydin dan disaksikan oleh Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Dagang di Mydin Subang Jaya pada 1 Februari lepas.