Yakin peroleh 80 peratus undi dari Malaysia
Iklan
Ramai rakyat Indonesia yang merantau atau dihantar untuk bekerja di negara lain termasuk Malaysia.
JAKARTA - Kumpulan penyokong calon Presiden (Capres), Anies Baswedan dan Naib Presiden (Cawapres), Muhaimin Iskandar yakin mampu memperoleh antara 80 hingga 85 peratus undi daripada keseluruhan tiga juta pengundi luar negara.
Koordinator Sahabat Anies Antarabangsa (SAI), Dr Robi Nurhadi berkata, jangkaan sama juga disasarkan untuk Malaysia yang mempunyai pengundi luar negara paling ramai.