Sampah haram di tebing Sungai Tebrau terbakar
Iklan
Steven (kanan) ketika meninjau operasi pemadaman api yang dilakukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor semalam.
JOHOR BAHRU - Pembuangan sampah haram di tebing Sungai Tebrau berhampiran pangsapuri Bandar Dato Onn di sini semakin serius dan perlu diselesaikan segera.
Keadaan lebih meruncing apabila berlaku kebakaran di sepanjang 500 meter tebing sungai berkenaan dipercayai berpunca akibat pembakaran sampah sarap dibakar oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Iklan
Iklan
Ahli Parlimen Tebrau, Steven Choong Shiau Yoon berkata, perkara itu sudah tidak boleh dibendung dan perlu perhatian segera.
"Saya terkejut melihat keadaan sampah yang banyak dan pasti sudah sejak bertahun lamanya. Keadaan ini boleh mendatangkan penyakit, pencemaran bau serta paling utama mengotorkan Sungai Tebrau,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Keadaan sampah selepas kebakaran berjaya dikawal anggota bomba di kawasan tebing Sungai Tebrau.
Iklan
Steven Choong sebelum itu melakukan pemantauan di kawasan berkenaan selepas menerima makluman kebakaran daripada penduduk setempat kira-kira jam 5 petang semalam.
"Keadaan itu sangat menyedihkan dan perlu ditangani. Jadi saya berharap semua agensi seperti Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Alam Sekitar (JAS), SWCorp dan Majlis Bandaraya Johor Bahru boleh bekerjasama menyelesaikan masalah ini,” katanya.
Iklan
Beliau turut mencadangkan agensi berkaitan mengalihkan kesemua sampah berkenaan serta menyita kawasan itu supaya tidak lagi dijadikan tempat pembuangan sampah.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Bapa, anak hidupkan seni tradisi Jawa"><meta itemprop="description" content="Hampir dua dekad mengabdikan diri memartabatkan seni budaya masyarakat Jawa, pengasas Kumpulan Tunas Warisan, Amar Abu, 65, kini mampu menarik nafas lega apabila perjuangannya mempertahankan warisan itu disambung oleh anak bongsunya, Mohd Nizal Amar, 21.
Bapa dan anak itu antara individu yang terus menghidupkan pelbagai seni tradisional termasuk gasing pangkah Johor, gamelan, tarian reog dan wayang kulit Jawa di Kampung Permatang Duku, Benut sekali gus memastikan khazanah budaya itu terus diwarisi generasi akan datang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/792189/edisi/johor/bapa-anak-hidupkan-seni-tradisi-jawa
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KumpulanTunasWarisan
#Jawa #gamelan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-16T04:30:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/dTIv-1gWJu0RnLPaA/x1080"><meta itemprop="duration" content="P101S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=k3zczdkISjA295INE6O"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xay4rjy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="k3zczdkISjA295INE6O"></script>