Syor had bersara wakil rakyat setara penjawat awam
Iklan
Amar Pared (gambar kecil) berkata, sekiranya Kerajaan Perpaduan bersungguh-sungguh mahu melaksanakan reformasi sistem penjawat awam, ia seharusnya dilakukan secara menyeluruh dan adil.
ALOR SETAR - Kerajaan perlu melihat kewajaran untuk meletakkan had umur persaraan wakil rakyat dan lantikan politik sama seperti penjawat awam, iaitu sehingga 60 tahun.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuah, Amar Pared Mahamud berkata, sekiranya Kerajaan Perpaduan bersungguh-sungguh mahu melaksanakan reformasi sistem penjawat awam, ia seharusnya dilakukan secara menyeluruh dan adil.
Iklan
Iklan
Menurutnya, pakej imbuhan wakil rakyat dan lantikan politik juga harus dirombak sekiranya mahu melaksanakan sistem baharu penjawat awam dengan menghapuskan pencen.
"Jangan sekadar selektif atau hanya merangkumi sekelompok jawatan.
Iklan
"Jika mahu lakukan pembaharuan, biarlah menyeluruh, contohnya pencen kepada ahli Parlimen, menteri, timbalan menteri dan lantikan politik diberikan sekali sahaja walaupun berulang kali memegang jawatan yang setaraf,” katanya di sini pada Selasa.
Amar Pared yang juga Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Langkawi turut menyarankan agar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengkaji semula elaun-elaun dan kelebihan dinikmati lantikan politik supaya relevan dengan keadaan fiskal negara.
Iklan
"Tonjolkan sikap kepimpinan melalui teladan.
"Sekiranya ia berjaya dilaksanakan di peringkat penjawat awam dan diterima baik, apa salahnya perluaskan pula dalam parti politik.
"Kemungkinan hadkan umur wakil rakyat bertanding 60 ke bawah atau pelantikan jawatan tertinggi parti tidak melepasi umur tertentu,” ujarnya.
Menurut Timbalan Ketua Perikatan Nasional (PN) Langkawi itu lagi, ini akan membuka peluang kepada golongan muda kalangan profesional untuk meneraju jabatan kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) mahupun parti politik.
"Ada dakwa pengumuman berkaitan lantikan penjawat awam itu tergesa-gesa dan perlu kajian lebih mendalam.
"Diharap kerajaan Persekutuan tidak ambil langkah terburu-buru dalam isu pemansuhan skim pencen penjawat awam baharu berstatus tetap.
"Banyak aspek perlu diperhalusi agar kerajaan tidak menyesal di kemudian hari,” katanya.
Pada 24 Januari, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan Kabinet bersetuju pengambilan penjawat awam baharu kerajaan berstatus tetap selepas ini tidak lagi berpencen.
Susulan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan pemansuhan skim untuk penjawat awam baharu turut terpakai bagi lantikan ahli politik termasuk menteri, menteri besar dan wakil rakyat.
Perubahan pengurusan sejak kira-kira tiga tahun lalu berjaya mengubah wajah Blok E1 dan E2 Flat Teluk Indah, Perai apabila keadaan kebersihan, penyelenggaraan serta pengurusan parkir dilihat jauh lebih baik berbanding sebelum ini.
Namun, usaha berkenaan masih belum mampu menghapuskan sepenuhnya imej kotor yang sekian lama membelenggu kedua-dua blok tersebut apabila sikap segelintir penghuni yang tidak bertanggungjawab terus menjadi punca utama masalah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788634/edisi/utara/sikap-penghuni-terus-menjadi-musuh-utama-flat-teluk-indah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.