Mizz Nina ibu angkat Musa yang sah, Noh tiada dalam dokumen

Iklan
Mizz Nina, Noh

"SAYA hadir ke mahkamah hari ini untuk menghormati prosedur mahkamah dan untuk mengesahkan kami mempunyai dokumen pengangkatan yang mana tidak tertulis namanya (Noh).

"Jadi, dengan ada dokumen ini bermaksud, tiada pertikaian. Saya tegaskan tiada lagi pertikaian sebab ini bukan kes hak penjagaan dan kami mempunyai dokumen pengangkatan yang lengkap."

Iklan
Iklan

Demikian penjelasan aktivis kemanusiaan Mizz Nina bertegas tidak sepatutnya berlaku pertikaian berhubung hak penjagaan anak angkatnya, Musa memandangkan dia mempunyai dokumen lengkap rasmi sebagai penjaga sah.

Mizz Nina berkata, dia mahu Musa dibesarkan dalam persekitaran yang sihat dan juga oleh keluarga yang stabil.

Mizz Nina yang mesra disapa sebagai Nina itu hadir bersama suaminya, Essam Muhammad dan peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hassan dan Mahmud Abdul Jumaat.

Iklan

Fakhrul berkata, Mizz Nina adalah ibu angkat Musa yang sah, justeru itu tiada isu yang berbangkit kerana kedua-dua kes sudah rasmi ditarik balik.

"Tiada isu apa-apa, seperti siapa yang nak melawat sebagainya. Kami sudah tarik balik kedua-dua kes dan mahkamah sudah benarkan kami untuk menarik balik dan pihak sana menyuarakan mengenai kos pentaksiran. Kos kecil sebab tiada apa tindakan yang diambil setakat ini.

Iklan

"Hak anak angkat juga sudah diberikan sepenuhnya kepada Mizz Nina jadi tiada isu seperti kes hak penjagaan. Ini kes anak angkat bila anak angkat itu sudah diberikan kepada Mizz Nina sepenuhnya jadi tiada siapa boleh melawat.

Semalam, pihak Mizz Nina memutuskan untuk memfailkan penarikan balik untuk kes penjagaan penuh bagi anak angkatnya, Musa dan inter-parte bagi hak penjagaan sementara.

Fakhrul Azman Abu Hassan berkata tiada proses sulh yang berlaku semalam dan hari ini pihaknya bersama Mizz Nina akan kembali mengesahkan di hadapan hakim.