Dari kaca mata mereka
Iklan
Kemampuan pertahanan maritim juga adalah kritikal, apa lagi Malaysia turut mempunyai pergantungan ekonomi yang bukan sedikit kepada sektor perdagangan maritim serta aset-aset ekonomi bernilai tinggi di pesisir pantai.
APABILA membuat penilaian mengenai pertahanan negara, kadang kala kita lebih mencanangkan kekuatan yang wujud berbanding kelemahan.
Ini adalah sesuatu yang lazim bagi mana-mana kementerian pertahanan negara global dan parti memerintah kerana ia bukan sahaja langkah populis, tetapi juga untuk memberikan rasa tenteram di kalangan rakyat marhaen.