MCCA dedah punca kes scam meningkat
Iklan
Tidak menyemak terlebih dahulu berkaitan sebarang info yang diterima turut menjadi faktor ramai terjebak menjadi mangsa scammer.
KUALA LUMPUR - Sikap mangsa yang mudah dieksploitasi, cepat panik dan kurang pengetahuan tentang teknologi siber adalah antara faktor penyumbang kepada peningkatan kes penipuan dalam talian di negara ini.
Pengerusi Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA), Datuk Ahmad Noordin Ismail berkata, ini kerana penjenayah licik dalam memanipulasi psikologi mangsa.