Muhaimin puji tindakan Mahfud letak jawatan menteri
Iklan
Anies (dua, kanan) dan Muhaimin (dua dari kiri) bergambar bersama penyokongnya dalam satu program kempen di Jakarta pada Ahad.
JAKARTA - Calon Naib Presiden (cawapres) No. Siri Satu, Muhaimin Iskandar memuji tindakan Cawapres No. Siri Tiga, Mahfud MD yang meletak jawatan sebagai Menteri Koordinator Bidang Politik, Hukum, dan Keamanan (Polhukam) Indonesia pada Jumaat lalu.
Katanya, tindakan minimum yang boleh diambil Mahfud adalah tidak menjalankan tugas sebagai menteri jika tidak berhasrat meletakkan jawatan.