KUALA LUMPUR - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Rozi Mamat masing-masing dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa BN Johor dan Terengganu.
Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dalam kenyataan memaklumkan perkara itu dipersetujui dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN pada Isnin.