‘Itu adalah tidak benar’ - Isteri Taib Mahmud
Iklan
SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Isteri kepada bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud iaitu Toh Puan Raghad Kurdi Taib menafikan laporan media berhubung pihak polis sedang menyiasat dakwaan bahawa suaminya dibawa keluar dari hospital tanpa nasihat doktor.
Menerusi perkongsian di InstaStory miliknya, Ragad berkata, dakwaan berhubung isu tersebut adalah tidak benar sambil berkongsi gambar laporan doktor sebagai bukti.