Paras air dua sungai di Langkawi semakin merosot - SADA
Iklan
SADA mendapati bacaan paras air dua sungai di Langkawi semakin menyusut berikutan cuaca panas yang berterusan di Kedah.
ALOR SETAR - Bacaan paras air dua sungai di Langkawi semakin menyusut berikutan cuaca panas yang berterusan di Kedah.
Syarikat Air Darul Aman (SADA) dalam satu hantaran melalui laman media sosial Facebook memaklumkan sungai berkenaan ialah Sungai Melaka dan Sungai Kuah.
Iklan
Iklan
"Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh laman sesawang rasmi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pada 4 petang tadi (Isnin), paras air di Sungai Melaka susut ke 2.50 meter berbanding paras normal iaitu 2.90 meter. Paras air di Sungai Kuah pula 0.26 meter berbanding paras normal iaitu 1.50 meter," menurut syarikat itu.
"Sungai Melaka yang menjadi sumber bekalan air mentah utama untuk LRA Padang Saga 3 dan LRA Bukit Kemboja mula mengalami kemerosotan sejak seminggu yang lepas dan keadaan itu berterusan hingga hari ini.
Iklan
Iklan
"Sebarang aduan atau pertanyaan, boleh menghubungi talian 1300-88-0017 atau Bilik Gerakan Langkawi 04-9610546. Maklumat berkenaan gangguan bekalan air akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui Facebook, TikTok dan laman sesawang rasmi SADA iaitu www.sada.com.my," katanya. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Sikap penghuni terus menjadi ‘musuh’ utama Flat Teluk Indah"><meta itemprop="description" content="Sikap penghuni terus menjadi ‘musuh’ utama Flat Teluk Indah
 Perubahan pengurusan sejak kira-kira tiga tahun lalu berjaya mengubah wajah Blok E1 dan E2 Flat Teluk Indah, Perai apabila keadaan kebersihan, penyelenggaraan serta pengurusan parkir dilihat jauh lebih baik berbanding sebelum ini.
Namun, usaha berkenaan masih belum mampu menghapuskan sepenuhnya imej kotor yang sekian lama membelenggu kedua-dua blok tersebut apabila sikap segelintir penghuni yang tidak bertanggungjawab terus menjadi punca utama masalah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788634/edisi/utara/sikap-penghuni-terus-menjadi-musuh-utama-flat-teluk-indah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Kebersihan #Flat #Flattelukindah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-20T09:12:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P120S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaqngae"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaqngae"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaqngae"></script>