Tony Pua gugat kestabilan politik negara, perlu kena tindakan tegas - UMNO

Iklan
Mohamad Fadil dan Pemuda UMNO Seremban membuat laporan polis terhadap Tony Pua.

SEREMBAN - Kenyataan bekas Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua yang didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong seperti mahu cuba menghuru-harakan kestabilan politik negara yang telah dicapai di bawah Kerajaan Perpaduan.

Ketua Pemuda UMNO Negeri Sembilan, Mohamad Fadil Md Zin berkata, bekas Ahli Parlimen Damansara itu juga didakwa cuba merosakkan hubungan baik antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan(PH).

Iklan
Iklan

Sehubungan itu, beliau menggesa DAP mengambil tindakan tegas terhadap beliau bagi mengelakkan ia tidak berulang lagi.

"Memandangkan dah berkali-kali dia buat macam ini, DAP tak boleh berlembut lagi dan perlu ambil tindakan lebih keras.

Iklan

"Ia supaya perkara seperti ini tak berulang lagi dilakukan oleh mana-mana ahli dari parti itu termasuk parti lain dalam PH," katanya ditemui selepas membuat laporan polis mewakili Pemuda UMNO Bahagian Seremban terhadap Tony Pua di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban pada Isnin.

Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seremban berpendapat, bekas pemimpin DAP itu biadab kerana cuba menghasut rakyat Malaysia apabila mempersoalkan keputusan Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong.

Iklan

Ujarnya, sepatutnya sebagai rakyat negara ini, beliau perlu patuh kepada Ikrar Rukun Negara Kedua iaitu Kesetiaan Kepada Raja dan Negara.

"Dalam perlembagaan UMNO sendiri, kita diminta mempertahankan Institusi Raja Berpelembagaan dan Kedaulatan Raja-Raja Melayu.

"Jadi bila perkara ini dilanggar, mesti ada tindakan diambil. Kami tak tahu dalam parti-parti lain dalam PH, tapi bagi kami bila persoal keputusan Lembaga Pengampunan itu ia telah mencabul Rukun Negara Kedua,"katanya.

Pada Ahad, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan pihaknya sedang menyiasat Tony berhubung kenyataannya di media sosial dipercayai berunsur menghina institusi diraja dalam isu pengampunan Najib.