City Warriors FC latih pelapis masa depan bola sepak

Iklan
Safee menerima jersi daripada Mohd Khairul pada majlis pelancaran CWFC di Seksyen 19, Shah Alam, Selangor.

PEMAIN tersohor seperti Cristiano Ronaldo, Lionel Messi mahupun Mohamed Salah diasah serta dilatih dengan kemahiran bola sepak sejak kanak-kanak lagi.

Mengambil iktibar daripada sejarah hidup pemain pemain ternama itu, City Warriors Football Club (CWFC) menjadikannya formula untuk program pembangunan bola sepak kelab tersebut.

Iklan
Iklan

Malah, CWFC yang dipengerusikan Mohd Khairul Ridzuan Razali itu komited untuk melahirkan pemain yang mampu mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.

Menurutnya, program pembangunan CWFC melibatkan kanak-kanak seawal usia enam tahun tanpa mengira latar belakang.

Iklan

"Akademi CWFC diwujudkan dengan visi melahirkan pemain-pemain pelapis yang boleh diketengahkan ke peringkat lebih tinggi bermula dengan mewakili sekolah sehingglah beraksi untuk negara satu hari nanti," katanya semasa pelancaran CWFC di Padang Sintetik Seksyen 19, Shah Alam Selangor pada Sabtu.

Hadir sama pada majlis itu ialah bekas penyerang berbisa Harimau Malaya dan pemenang kasut emas Piala AFF 2010, Safee Sali serta legenda bola sepak negara, Datuk Dollah Salleh.

Iklan

Tambah Mohd Khairul, CWFC yang dibarisi barisan juruatih berpengalaman diketuai Amli Shah Amiruddin menyasarkan untuk menerima 150 pelatih berumur tujuh hingga 16 tahun.

"Kami mengadakan latihan mingguan di Padang Sintetik Seksyen 19, Shah Alam.

"Kepada yang berminat menyertai kami boleh hadir setiap Sabtu dan Ahad bermula 8 pagi," katanya.