Wajarkah tiada skim pencen?
Iklan
Keputusan kerajaan untuk tidak menawarkan lagi skim berpencen kepada seluruh kakitangan awam lantikan baru merupakan satu keputusan yang amat membimbangkan. Gambar Bernama
KENYATAAN yang dikeluarkan baru-baru ini oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merupakan satu tamparan besar kepada pekerjaan di sektor kerajaan.
Walaupun ia bukanlah satu perkara yang baru kita dengari, namun keputusan yang diumumkan ini boleh memberi impak yang tinggi kepada satu sektor pekerjaan paling besar di Malaysia.