Dituduh mencuri, pelajar kolej cedera dipukul rakan

Iklan
Polis menjalankan siasatan berhubung kes pergaduhan melibatkan pelajar kolej. Gambar kecil: Nordin

MANJUNG - Seorang pelajar kolej dekat sini cedera didakwa dipukul rakan kuliah dalam satu pergaduhan di bilik asrama pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nordin Abdullah berkata, kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu berlaku selepas mangsa dituduh mencuri wang pelajar asrama.

Iklan
Iklan

"Laporan kejadian itu diterima hari ini (Ahad) daripada seorang lelaki yang memaklumkan adiknya mengalami kecederaan di pukul pelajar lain.

"Siasatan dijalankan mendapati, pergaduhan melibatkan pelajar diploma berusia 20 tahun itu berpunca daripada perselisihan faham kerana mengesyaki mangsa mencuri wang pelajar lain," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Iklan

Beliau berkata, keterangan pelajar terlibat telah diambil bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Katanya, di bawah seksyen itu, jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum dua tahun atau boleh denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.

Iklan

"Orang ramai diminta tidak menyebarkan fakta tidak sahih berkenaan kejadian ini kerana dikhuatiri mengganggu siasatan," katanya.

Mereka yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Fariq Nazmi Mohd Mustafa di talian 013-3317099.