Enam MP Bersatu bakal diheret ke mahkamah
Iklan
Dari kiri atas: Syed Abu Hussin Hafiz, Zahari, Mohd Azizi
Dari kiri bawah:Iskandar Dzulkarnain, Suhaili, Zulkafperi
SHAH ALAM - Pasukan peguam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kini sedang menyiapkan dokumen bagi mengheret enam ahli Parlimen yang mengkhianati parti sebelum ini ke mahkamah.
Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Razali Idris berkata, Bersatu juga dalam proses meminda perlembagaan bagi mengatasi kelompangan dalam perlembagaan parti terutama berkenaan dengan wakil rakyatnya yang beralih sokongan kepada parti lawan.