Tetris kecundang di tangan Gibson
Iklan
Remaja 13 tahun muncul insan pertama menewaskan Tetris, kira-kira 34 tahun selepas ia dilancarkan. Foto X
BARANGKALI ada yang masih ingat permainan Snake dan Tetris diperkenalkan telefon bimbit Nokia pada era awal 90-an. Dua permainan tersebut sangat popular di seluruh dunia pada ketika itu.
Tetris ialah permainan video teka-teki yang dicipta pada 1985 oleh Alexey Pajitnov, jurutera perisian kelahiran Soviet Union. Pada akhir 80-an, Tetris berdepan pelbagai perebutan paten dan hak penciptaan. Namun, hak itu dikembalikan kepada Pajitnov yang mengasaskan Syarikat Tetris bersama Henk Rogers.