Perjanjian MP dan parti adalah sah - Haniff Khatri
Iklan
Laporan muka depan Sinar Harian pada Jumaat. Gambar kecil: Haniff Khatri
SHAH ALAM - Sebarang perjanjian atau baiah dibuat antara ahli Parlimen Bersatu dan parti adalah sah, kata peguam, Haniff Khatri Abdulla.
Beliau berkata, perkara itu sama seperti mana dibuat Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mengenakan saman RM10 juta kepada bekas Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin kerana berpaling tadah.