Hanya mahkamah, Dewan Rakyat boleh arah kosong kerusi
Iklan
Suhaili Abdul Rahman (kiri), Dr Zulkafperi Hanapi
SHAH ALAM - Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman menegaskan tidak akan sesekali meletakkan jawatan walaupun diberi kata dua oleh Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Dr Afif Bahardin untuk berbuat demikian.
Suhaili juga secara sinis mempersoalkan kewibawaan Afif yang seolah-olah mempunyai kuasa untuk mengarahkannya berbuat demikian.