'Jangan cakap bukan-bukan untuk renggangkan hubungan Bersatu, Pas' - Marzuki
Iklan
Dakwaan mengatakan hubungan antara Muhyiddin dan Abdul Hadi 'tegang' adalah tidak benar.
SHAH ALAM - Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menguar-uarkan potensi Ahli Parlimen Kemaman, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Perdana Menteri apabila Perikatan Nasional (PN) membentuk kerajaan.
Bekas Ketua Setiausaha Sulit kepada Muhyiddin, Datuk Dr Marzuki Mohamad berkata, Ahli Parlimen Pagoh itu merupakan individu pertama yang memberitahu bahawa Ahmad Samsuri berpotensi menjadi Perdana Menteri pada masa hadapan, semasa kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman tahun lepas.
Iklan
Iklan
"Ia dilaporkan secara meluas oleh media tempatan," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.
Beliau mengulas dakwaan sebuah portal berita mendakwa mengenai hubungan antara Muhyiddin dan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang dikatakan ‘dingin’.
Iklan
Laporan berkenaan turut mendakwa bekas Perdana Menteri itu tidak turun berkempen di PRK Kemaman sementara Abdul Hadi gagal hadir ke Mesyuarat PN.
Ujar Marzuki, dakwaan mengatakan hubungan antara Muhyiddin dan Abdul Hadi 'tegang' adalah tidak benar.
Iklan
"Sumber ini pun, janganlah cakap yang bukan-bukan kepada media semata-mata nak renggangkan hubungan akrab antara Bersatu dan Pas,” katanya
Beliau turut memaklumkan, kenyataan kononnya kedua-dua pemimpin terbabit sudah lama tidak bersua muka juga adalah palsu.
"Tak betullah itu, selepas Muktamar Pas hanya satu mesyuarat PN diadakan, Abdul Hadi tak hadir kerana sedang menjalani rawatan.
"Tetapi, sebelum itu pun Muhyiddin ada berjumpa pimpinan kanan Pas termasuk Abdul Hadi. Beliau juga turun berkempen di Kemaman,” ujarnya lagi.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Kemelut UMNO-DAP: Bubar Parlimen atau sebaliknya terserah kepada PM – Khaled"><meta itemprop="description" content="Kemelut UMNO-DAP: Bubar Parlimen atau sebaliknya terserah kepada PM – Khaled
Keputusan sama ada Parlimen dibubarkan atau sebaliknya susulan kemelut hubungan UMNO dan DAP dalam Kerajaan Perpaduan diserahkan sepenuhnya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Perdana Menteri mempunyai kuasa untuk menentukan tindakan yang perlu diambil susulan perbezaan pendirian antara parti dalam Kerajaan Perpaduan ketika ini.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/804547/berita/politik/kemelut-umno-dap-bubar-parlimen-atau-sebaliknya-terserah-kepada-pm-ndash-khaled-nordin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #umno #dap #bubarparlimen #khalednordin"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-14T06:34:42.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P147S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbwhyza"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbwhyza"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbwhyza"></script>