Selangor FC intai pemain pertahanan Uzbekistan

Iklan

SELANGOR FC sedang mengintai pemain pertahanan Uzbekistan bagi memperkukuhkan skuad Gergasi Merah, untuk menghadapi musim baharu Liga Malaysia (Liga-M) dijadual bermula 10 Mei depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon berkata, pengumuman mengenai pemain berkenaan akan dibuat selepas persetujuan dicapai oleh kedua-dua pihak.

Iklan
Iklan

"Banyak nama (dikaitkan) tapi pemain Uzbekistan itu antara yang kita senarai pendek,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas majlis menandatangani perjanjian kerjasama antara Selangor FC dan Daikin Malaysia untuk tahun kedua sebagai rakan strategik kelab itu.

Iklan

Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah yang merupakan Pengerusi Selangor FC berkenan hadir menyaksikan majlis menandatangani perjanjian itu.

Dalam pada itu, Johan berkata, pengumuman barisan pemain Selangor termasuk masa depan pemain tengah skuad Gergasi Merah, Brendan Gan akan terjawab sebelum mereka memulakan latihan pramusim minggu depan.

Iklan

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Daikin Malaysia Toshiharu Tsurumaru berkata melalui kerjasama ini pihaknya berharap dapat memberi inspirasi dan meninggalkan kesan berkekalan kepada komuniti bola sepak di Malaysia. - Bernama