Pengampunan Najib: Kenyataan rasmi dijangka minggu ini - Dr Zaliha

Iklan
Datuk Seri Najib Tun Razak

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Kenyataan rasmi berhubung isu pengampunan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka dikeluarkan minggu ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.

Dr Zaliha Mustafa


Beliau yang juga antara anggota Lembaga Pengampunan berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian Hari Wilayah Persekutuan dan Hari Terbuka Putrajaya 2024 di sini hari ini, sebagai mengulas status Najib berhubung isu berkenaan.

Iklan
Iklan

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil semalam dilaporkan berkata isu pengampunan Najib turut dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet pada Rabu namun mengingatkan pengamal media tempatan dan luar negara untuk menunggu kenyataan rasmi Lembaga Pengampunan sebelum membuat laporan mengenainya.

Media antarabangsa Channel NewsAsia (CNA) dalam laporannya mendakwa Najib telah diberikan pengurangan hukuman daripada 12 kepada enam tahun.

Iklan

Media itu yang memetik sumber termasuk pegawai kanan kerajaan, melaporkan pengurangan hukuman penjara terhadap Najib atas kasalahan rasuah dibuat Lembaga Pengampunan itu dalam mesyuarat pada Isnin lepas. - Bernama

Iklan